
Ayah,hari ini genap 7 tahun kau pergi meninggalkan aku. Tanpa mu, aku rasa hilang kasih sayang dari mu. Aku amat merinduimu,ayah. Ayah,pada hari ini,aku begitu bersemangat untuk melawatmu. Akhirnya,dapat jua aku membaca Yassin serta mendoakan kesejahteraan mu di sana di sisi makammu,ayah. Aku ingin sekali mendengar suara mu serta tawa riang mu. Akan sekali,aku sedar aku hanya bermimpi di siang hari. Ayah,dengarlah rintihan anakmu ini yang kian dahagakan kasih sayang serta peluk cium mu. Akan ku doakan kesejahteraan mu di sana,ayah. Moga kita akan bertemu di sana kelak.
:')
sila tekan like dan comment. Thank You. (:
No comments:
Post a Comment